Apa kaitan permulaan cerita dengan penceritaan mengenai kerja tambahan saya di atas dengan tajuk “Makan Gaji vs Kerja Sendiri” ya? Jawapannya ialah saya ingin berkongsi dengan anda mengenai pengalaman sedia ada (makan gaji) dengan pengalaman baru (kerja sendiri) yang berlaku ke atas diri saya sendiri. Apa bezanya di antara kedua-dua bidang ini? Ternyata ianya mempunyai perbezaan dari segi persekitaran dan konsep tetapi tidak lari daripada menuju kepada satu matlamat yang sama.
Kematian Kita
Mati ! Semua orang pasti gerun mendengar perkataan ini bukan. Apa yang pasti kematian akan tetap menjemput kita semua apabila sampai ajal. Dan ianya tidak diawalkan dan tidak dilewatkan. Mengingati mati adalah amalan yang baik kerana kita dapat membentuk iman dalam diri kita. Kita akan sedar balasan baik atau buruk yang bakal kita terima setelah kita mati nanti. Amalan di dunia ini yang akan menjadi penentu ganjaran atau hukuman kita di akhirat kelak.
Resit ATM
Auto Teller Machine (ATM) sering dikunjungi oleh semua orang untuk mengeluarkan atau memasukkan wang/cek. Mesin ATM bukan sahaja terletak di bank-bank tetapi di kebanyakan tempat-tempat umum seperti pusat membeli-belah, stesen minyak dan sebagainya. Setiap transaksi di mesin ATM memberikan pilihan kepada pengguna sama ada ingin mendapatkan resit transaksi atau sebaliknya. Kenapa saya membuka topik tentang resit ATM ini ? Saya membuka topik ini kerana pemerhatian saya atas sikap segenlintir dari kalangan kita yang suka membazir dan tidak mengetahui betapa pentingnya kita menyokong kepada kempen terhadap alam sekitar.
Bahaya Hutang
Kebanyakan daripada kita pasti terikat dengan hutang. Bilangan mereka yang hidup bebas tanpa hutang amat kecil bilangannya. Hutang kewangan yang ada boleh terdiri daripada pinjaman bercagar dan pinjaman tidak bercagar. Pinjaman bercagar ialah pinjaman seperti pinjaman kereta, pinjaman perumahan dan sebagainya manakala pinjaman tidak bercagar pula ialah seperti pinjaman peribadi, kad kredit dan lain-lain.